Noraniza Idris kuruskan badan demi konsert

No Image Caption
A
A
A

DEMI memastikan showcase sulungnya, Sawo Matang Showacse yang bakal berlangsung di Matic pada April ini dan seterusnya acara kemuncak konsert Malai Solo di Istana Budaya pada tahun depan, penyanyi Noraniza Idris kini sedang giat menurunkan berat badan.

Lama tidak tampil dengan persembahan berskala besar, Noraniza, 50, mahu memastikan konsert ini berjalan lancar dan menjadi persembahan yang paling diingati para peminatnya.

Justeru persiapan rapi sedang dijalankan termasuk memastikan staminanya dalam keadaan terbaik.

“Selain membuat persiapan vokal dan tarian, saya juga kini dalam proses menurunkan berat badan untuk mengekalkan stamina ketika membuat persembahan nanti.

“Selama sebulan ini saya ada menyertai kelas senaman di mana setiap minggu saya ada tiga sesi kelas untuk tujuan itu.

“Susah juga nak turunkan berat sekarang ni, tapi saya harap menjelang showcase nanti saya harap berat badan saya dapat diturunkan sekurang-kurangnya 10kg,” ujar Noraniza.

No Image Caption

Bagaimanapun kara Noraniza lagi, sebelum ini dia berjaya menurunkan berat badannya beberapa kilogram menerusi penjagaan makanan.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini saya dah turun berat badan 8kg menerusi penjagaan makanan. Hanya makan nasi dari perang sebanyak segenggam sehari.

“Dulu waktu badan masih ringan, seronok sahaja buat persembahan dengan macam-macam aksi di pentas dan stamina pun dalam keadaan terbaik.

“Jadi tak mahulah nanti berat badan akan mengganggu stamina dan ‘pancit’ ketika buat persembahan jika tidak diberikan perhatian,” katanya yang cukup sinonim dengan ikon muzik irama tradisional Melayu kepada Sinar Harian.