Sila log masuk terlebih dahulu.

KPM umum cuti khas 19 April ini

11 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 11 APRIL 2023

Kementerian Pendidikan bersetuju memberikan cuti khas kepada guru dan murid pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menterinya Fadlina Sidek berkata, pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan raya.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia memohon KPM untuk memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata cuti khas itu dianggap keperluan dengan mengambil kira jangkaan bahawa 1 Syawal mungkin jatuh pada 21 April ini, iaitu awal sehari berbanding ketetapan asal.

Katanya, pemberian cuti khas ini memberikan lebih ruang kepada guru dan rakyat Malaysia yang terpaksa merentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ia sekaligus akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan memberikan lebih keselesaan kepada semua pihak

Artikel: https://bit.ly/410NbsK

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian