Harapan Mat Sabu terhadap LIMA'19

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika bercakap dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika bercakap dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) diharap akan melahirkan lebih banyak perjanjian berkaitan industri pertahanan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, ini berikutan industri pertahanan semakin penting dan berkembang di negara dan rantau ini.

"LIMA'19 ini bukan hanya tempat jual beli aset, tetapi kita akan buat perjanjian untuk industri pertahanan. Kita tidak mahu jadi pengimport saja.

"Sekarang industri pertahanan sudah berkembang dan kita boleh manfaatkan bersama. Melalui LIMA'19, saya harap akan lahirkan banyak perjanjian industri pertahanan, bukan hanya perjanjian beli barang yang dipamerkan," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Mohamad juga mengesahkan LIMA'19 akan dihadiri menteri pertahanan dari negara-negara Asean seperti Filipina, Indonesia dan Singapura.

LIMA'19 akan bermula dari 26 hingga 30 Mac ini dan dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia disertai 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa yang melibatkan 20 negara, diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Pameran persidangan antarabangsa, seminar, pameran statik dan pertunjukan udara akan diadakan di MIEC manakala pameran kapal perang, pameran statik maritim dan demonstrasi maritim di RWL.

Artikel Berkaitan: