Sila log masuk terlebih dahulu.

Waspada air pasang besar landa Selangor

 Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena air pasang besar berlaku selama empat hari sehingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena air pasang besar berlaku selama empat hari sehingga Isnin depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk dan pengunjung berdekatan pesisiran pantai dan kawasan permukaan air dinasihatkan berwaspada berikutan fenomena air pasang besar yang diramal melanda lima kawasan di Selangor mulai Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena air pasang besar berlaku selama empat hari sehingga Isnin depan.

Menurutnya, lima kawasan di negeri ini yang mengalami fenomena air pasang besar iaitu Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

"Penduduk dan pengunjung dinasihatkan berwaspada selain memantau keadaan cuaca," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Isnin.

Menerusi info grafik berhubung notis berwaspada dikongsi Amirudin di Facebook beliau turut mengingatkan penduduk dan pengunjung menjauhi pesisiran pantai sepanjang tempoh air pasang besar.

Amirudin juga mengingatkan penduduk supaya memantau keadaan cuaca yang berpotensi meningkatkan risiko banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Artikel Berkaitan: