Sekolah periksa sijil digital vaksinasi guru

Mohd Radzi (kiri) beramah mesra dengan seorang murid Darjah Satu ketika lawatan di SK Ayer Molek di sin, pada Isnin.
Mohd Radzi (kiri) beramah mesra dengan seorang murid Darjah Satu ketika lawatan di SK Ayer Molek di sin, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Semua sekolah di seluruh negara perlu melakukan pemeriksaan sijil digital vaksinasi terhadap warga pendidik bermula Isnin bagi menjamin persekitaran sekolah yang selamat.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, langkah itu sekali gus mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap jangkitan Covid-19 ketika mengikuti pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Menurutnya, usaha itu juga supaya tidak berlaku kes tertentu termasuk kes guru yang memaklumkan telah divaksin namun sebaliknya.

"Pemeriksaan itu juga bertujuan memperoleh data yang tepat sekiranya jika ada tindakan yang perlu dilakukan.

"Semua guru akan disemak sijil vaksinasi oleh pihak sekolah bagi memastikan data terkini yang ada ini pada 1 November adalah data yang begitu tepat," katanya kepada pemberita ketika lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini, pada Isnin.

Hadir sama Ketua setiausAha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof

Mengulas lanjut Mohd Radzi memberitahu, terdapat pengurangan jumlah guru yang tidak mahu menerima vaksin selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang tidak mengambil vaksin tanpa sebarang alasan kesihatan bermula 1 November.

Bagaimanapun tambah beliau, walaupun jumlah semakin berkurangan tetapi bilangan itu masih ramai dan secara tidak langsung tindakan mereka itu paling memberi kesan dalam konteks operasi sekolah.

Artikel Berkaitan:

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tegas dari segi vaksinasi dalam kalangan guru kerana ia menjejaskan operasi di sekolah.

Walaupun jumlahnya tidak ramai tapi kesannya cukup besar," katanya.

Tambah beliau, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diarahkan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah bagi melihat tahap pematuhan garis panduan yang ditetapkan khususnya pengudaraan optimum di kelas-kelas yang digunakan bagi sesi pembelajaran.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan jumlah murid yang sepatutnya hadir ke sekolah bagi semua negeri yang melepasi fasa empat seramai 694,531 bagi murid sekolah rendah dan 652,148 pelajar sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan lebih RM1.3 juta orang.