Belum ada dasar beri vaksin HPV untuk remaja lelaki

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum mewujudkan dasar untuk memberikan suntikan vaksin virus papiloma manusia atau Human Papilloma virus (HPV) kepada remaja lelaki berusia 13 dan 14 tahun, meskipun golongan itu turut berisiko menjadi pembawa virus berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cadangan untuk memberikan vaksin khusus untuk wanita bertujuan mencegah kanser serviks itu kepada remaja lelaki akan dipertimbangkan.

"Setakat ini, dasar (pemberian vaksin HPV) kita adalah untuk remaja perempuan berusia 13 tahun ke atas sahaja.

"Jadi, untuk lelaki belum ada. Kita belum ada dasar untuk beri vaksin kepada mereka," katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang mahu tahu kesediaan kerajaan untuk turut memberikan suntikan vaksin HPV kepada remaja lelaki berusia 13 tahun ke atas.

KKM ketika ini memberikan pelalian HPV secara percuma kepada semua gadis berumur 13 tahun di negara ini.

Suntikan vaksin HPV bertujuan mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim kerana 99.9 peratus kanser berkenaan berpunca daripada kuman HPV.

Artikel Berkaitan: