X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Gempa bumi landa Jepun

A
A

TOKYO - Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda wilayah Ibaraki, Jepun pada Isnin, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Agensi Berita Xinhua melaporkan gempa berlaku kira-kira jam 6.14 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempanya pada garisan lintang 36.5 darjah utara dan garisan bujur 140.6 darjah timur, dan pada kedalaman 60 kilometer.

Gegaran turut direkodkan bermagnitud empat di beberapa bahagian di wilayah Ibaraki dan Fukushima.

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!