Saya kehilangan sahabat baik, kata Annuar

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada Ahad menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing awal pagi tadi.

“Saya kehilangan sahabat baik dan negara kehilangan pemimpin yang hebat,” kata Annuar menerusi Twitter rasminya pada Ahad.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching kira-kira pukul 7.05 pagi pada usia 72 tahun.

Sebelum ini, Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas, kerana disahkan positif Covid-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan. - Bernama

Artikel Berkaitan: