Juventus perlu terima hakikat

Tonggak Juventus, Paulo Dybala ketika beraksi menentang Verona dalam saingan Serie A. - Foto Juventus FC
Tonggak Juventus, Paulo Dybala ketika beraksi menentang Verona dalam saingan Serie A. - Foto Juventus FC
A
A
A

GERGASI Serie A, Juventus terus mempamerkan aksi longlai apabila melakar kekalahan kedua dalam empat hari setelah tewas 1-2 kepada Verona dalam perlawanan di Stadio Marcantonio Bentegodi.

Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri menyifatkan The Old Lady perlu menerima hakikat kedudukan kelab itu pada ketika ini berada pada satu tahap mengecewakan semua dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini.

"Apa lagi yang boleh saya katakan mengenai prestasi Juventus selepas perlawanan menentang Verona, kerana tiada perkataan lain yang dapat mengambarkan kecuali kekecewaan.

"Juventus realiti kini berada di pertengahan liga, ia sesuatu yang perlu diterima walaupun pahit oleh pengurusan, jurulatih, pemain dan penyokong kelab ini.

"Sejujurnya, tiada apa yang perlu dikesalkan kerana kami sendiri yang mengheret kelab ini ke dalam situasi sebegini. Penyesalan tidak akan mengubah situasi kelab pada masa ini," katanya.

Juventus selepas berjaya melepasi persembahan tidak konsisten pada permulaan musim mula melakar empat kemenangan berturut-turut, kini hanya mengutip satu mata dari tiga perlawanan terakhir sekali gus mengumpul 15 mata selepas mengharungi 11 perlawanan - 13 mata di belakang Napoli dan AC Milan.

Verona pula satu kedudukan di atas Juventus dengan 15 mata selepas 11 perlawanan, memenangi kesemua empat perlawanan di laman sendiri sejak pelantikan bekas penolong pengurus dari Juventus, Igor Tudor pada pertengahan September yang sebelum ini berkhidmat di bawah Andrea Pirlo di Turin musim lalu.

Pada perlawanan itu Giovanni Simeone muncul wira tuan rumah apabila meledak dua gol pada minit ke-10' dan 14' manakala gol saguhati pelawat dijaringan Weston McKennie pada minit ke-80.

Artikel Berkaitan: