Bomba Kedah bantu pindah mangsa banjir di Pokok Sena

Anggota bomba membantu memindahkan 11 mangsa di Jalan Kampung Machang Kudung, Pokok Sena selepas rumah mereka dinaiki air pada Sabtu. - Foto ihsan JBPM Kedah
Anggota bomba membantu memindahkan 11 mangsa di Jalan Kampung Machang Kudung, Pokok Sena selepas rumah mereka dinaiki air pada Sabtu. - Foto ihsan JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Beberapa laluan termasuk kediaman penduduk di Jalan Kampung Machang Kudung, Pokok Sena, di sini dinaiki air selepas hujan lebat lebih dua jam pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya membantu memindahkan 11 mangsa daripada tiga keluarga selepas rumah mereka dinaiki air mencecah 0.5 meter (m).

Menurut Mohamadul Ehsan, mangsa yang terdiri daripada enam kanak-kanak lelaki, empat wanita, dua lelaki dan seorang warga emas dipindahkan ke rumah jiran berhampiran berikutan banjir kilat.

"Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi Negeri Kedah menerima panggilan lebih kurang jam 4.10 petang melalui Sistem MERS 999 bantuan menyelamat banjir sebelum satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena bergerak ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Shukri Musa mendapati kejadian banjir melibatkan tiga rumah dan mangsa dipindahkan ke rumah jiran berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pergerakan air di lokasi berkenaan masih deras dan pasukan penyelamat diarahkan untuk melakukan pemantauan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang bertugas.

Tambah beliau, operasi menyelamat berkenaan tamat jam 5.33 petang.

Artikel Berkaitan: