X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Bajet 2022: Kerajaan tidak pinggirkan belia

Ismail Sabri. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam Bajet 2022 yang telah diumumkan pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2022 yang diumumkan itu turut merangkumi sebanyak 25 insentif kepada golongan belia.

"Saya lihat dari malam sehingga pagi tadi. Terdapat komen yang agak negatif daripada golongan belia kerana kononya kerajaan meninggalkan golongan belia dalam bajet tersebut.

"Saya percaya mungkin malam tadi mereka belum membaca sepenuhnya atau membuat analisa mengenai bajet tersebut.

"Terdapat 25 insentif kepada anak muda secara langsung atau tidak langsung. Cuma kita tidak meletakkan bajet untuk belia dibawah satu topik seperti warga emas, wanita dan sebagainya," katanya dalam ucapan pada Sambutan Hari Belia Negara 2021 di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Bajet 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' dan bersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, antara insentif kepada belia termasuklah Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

"Selain itu, eStart iaitu eWallet juga diperkenalkan sebanyak RM150 dibayar kepada golongan belia yang berumur antara 18 tahun sehingga 20 tahun.

"Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga diberikan kepada golongan status bujang sebanyak RM350.

"Selain itu, yang penting adalah insentif Jamin Kerja. Kita tidak bagi tunai tetapi ia komitmen kerajaan untuk menjamin 600,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak muda.Itu semua antara insentif daripada 25 insentif untuk belia pada bajet kali ini," ujarnya.

Justeru, beliau berkata, tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak kepada kerajaan adalah tidak berasas kerana golongan belia tetap diberikan keutamaan dalam bajet 2022.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!