X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

PN akan bincang penggunaan logo: Azmin

Azmin. - Foto Bernama
A
A

KULIM - Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa gabungan itu sedang dan akan melakukan perbincangan lanjut mengenai logo yang akan digunakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Menurutnya, tarikh bagi hari penamaan calon "masih lambat", dan maklumat berkaitan penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai oleh parti-parti yang terlibat.

"(Berkenaan pemilihan logo), (ketika ini) belum penamaan calon, nanti kita bincang la, kita (akan buat) perbincangan (itu), (sebenarnya) hari-hari kita bincang, kita (hanya akan) putuskan (selepas perbincangan dan) kita (akan) beritahu (memandangkan) nomination (day) lambat lagi.

"(Sebenarnya di pihak PN) kita tumpu soal ekonomi dulu, (seperti di Kedah) itu kekuatan kerajaan negeri Kedah, dia kurang berpolitik, dia (banyak) tumpukan soal pembangunan negeri (serta) pembangunan ekonomi," katanya.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Perindustrian AT&S di Kulim Hi-Tech Park pada Sabtu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis mencadangkan satu idea baharu agar semua parti yang akan bertanding di PRN Melaka kelak menggunakan logo parti berkenaan.

Ia selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi PRN Melaka.

Selasa lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan sepakat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang menggunakan lambang PN.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas yang diadakan pada 25 Oktober. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!