Nissan X-Trail 'facelift' baharu kini dibuka untuk tempahan

A
A
A

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan Nissan X-Trail Facelift baharu kini dibuka untuk tempahan dan dijangka dilancarkan pada April 2019.

X-Trail Facelift baharu juga ditawarkan dengan satu varian Hybrid dan tiga pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE).

Enjin 2.0L (MR20DD) Hybrid dengan Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) dipadankan dengan XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission), menawarkan kuasa mencecah 144PS dan tork 200Nm bersama kuasa daripada Motor Elektrik 41PS dan tork 160Nm untuk memberikan pemanduan yang mengujarkan.

Pada masa yang sama mengekalkan penjimatan bahan api terbaik di dalam kelasnya iaitu 16.1km/L (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).