Desak PM pecat Guan Eng

Komuniti Kampung Semayor dan Air Jernih memegang salinan laporan polis yang dibuat pada perhimpunan aman petang semalam.
Komuniti Kampung Semayor dan Air Jernih memegang salinan laporan polis yang dibuat pada perhimpunan aman petang semalam.
A
A
A

KEMAMAN - Lebih 50 komuniti di dua buah kampung daerah ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana keceluparan mulutnya mengeluarkan kenyataan rasis mengenai kerjasama UMNO dan Pas.

Marah dengan kenyataan Guan Eng, penduduk Kampung Semayor dan Kampung Air Jernih itu turut membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Jerneh kira-kira jam 2.12 petang semalam.

Sejurus siap membuat laporan, mereka mengadakan himpunan aman di luar pagar balai polis dan mengecam perbuatan Setiausaha Agung DAP tersebut.

Perhimpunan itu turut disertai Ahli Parlimen Kemaman, Alias Che Hamid dan ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Wakil komunitinya, Che Ku Mohd Sani Che Ku Abdullah, 49, berkata, kenyataan Guan Eng bahawa kerjasama UMNO dan Pas ibarat pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu (bukan Islam) adalah kenyataan yang benar-benar tidak bertanggungjawab dan rasis.

Katanya, dia membaca kenyataan itu dalam portal berita Malaysiakini pada jam 9 malam, Rabu lalu.

"Kenyataan itu berunsur fitnah dan tersirat niat tidak baik untuk mengapi-apikan perkauman.

"Kenyataan itu bakal mengundang bahaya kepada rakyat Malaysia amnya. Ini akan menimbulkan sengketa sesama kaum dan boleh juga menggugat kententeraman awam.

Artikel Berkaitan:

"Justeru siasatan segera perlu dibuat ke atas kedua-dua pihak sama ada Malaysiakini dan Guan Eng kerana kenyataan itu amat bahaya kepada kestabilan negara apatah lagi kita mempunyai masyarakat majmuk," katanya.

Katanya, penduduk berharap pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan segera terhadap kedua-dua pihak berkenaan.