Maut langgar kerbau

Kerbau yang dirempuh mangsa, Muhammad Syawal Jusoh (gambar kecil).
Kerbau yang dirempuh mangsa, Muhammad Syawal Jusoh (gambar kecil).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Kampung Surau Panjang di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 malam, ketika mangsa, Muhammad Syawal Jusoh, 24, melalui jalan berhampiran pejabat tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kampung itu.

Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan merempuh kerbau itu, dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ibu mangsa, Zaharah Abdullah, 60, berkata sebelum kejadian, mangsa pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor.

“Dia balik kejap kat rumah, lepas tu keluar, tak sangka itu kali terakhir saya tengok dia.

“Sebelum ini, dia tak tunjukkan apa-apa perubahan langsung," katanya.

Reda dengan apa yang terjadi, bagi Zaharah ALLAH SWT lebih menyayangi anaknya itu.

Muhammad Syawal merupakan anak kesembilan daripada 11 beradik dan baharu menamatkan pengajian di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor dalam bidang pemasangan platform bagi projek binaan bangunan.

Artikel Berkaitan: