Maqis rampas 27,000kg tulang ikan tuna dari China

Tulang ikan tuna sejuk beku dari China yang dirampas Maqis.
Tulang ikan tuna sejuk beku dari China yang dirampas Maqis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menahan sebuah kontena yang membawa masuk tulang ikan tuna sejuk beku dari China di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Selasa.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, pemeriksaan mendapati, tulang ikan tuna sejuk beku seberat 27,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM362,630 itu ditahan kerana komoditi itu berbeza dengan pengisytiharan pada Permit Import yang dikeluarkan daripada Jabatan Maqis.

Menurutnya, ikrar maklumat mengelirukan pada permit import Maqis merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Mana-mana individu yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian merupakan menjadi suatu kesalahan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Muhammad Ikram berkata, pihaknya sentiasa komited melakukan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian, perikanan dan haiwan yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti serta selamat untuk dimakan oleh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: