Bapa angkat Azharina Azhar tenat

Penyanyi, Azharina Azhar
Penyanyi, Azharina Azhar
A
A
A

BAPA angkat penyanyi, Azharina Azhar Hamidi, 74, kini sedang tenat di hospital.

Khabar tersebut dikongsi sendiri oleh penyanyi Elegi Sepi itu di laman sosial akaun Instagram.

"Asalamualaikum semua papa Nina sedang tenat di hospital. Dialah yang menjaga dan selalu menasihati Nina bersama mama dari usia Nina 18 tahun perkenalan pertama kami sehingga Nina menjadi ibu tunggal sekarang.

"Dialah imam bila mana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah. Papa Hamidi mengambil Nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat Nina.

"Kasih sayang papa dan mama tak ada bezanya dengan yang lain. Sama seperti anak kandung mereka. Sedih pilu hati Nina melihat keadaan papa begini," tulis Azharina.

Luahan di Instagram
Luahan di Instagram

Azharina juga turut berkongsi bapa angkatnya merupakan insan yang selalu ada di samping ketika dia berada dalam kedukaan.

"Setiap Nina dilanda masalah papa selalu mendengar luahan dan menasihati Nina bersabar. Di usia 74 tahun dia gagahi setiap langkahnya setiap hari lima kali ke surau Nurul Imam dan menguruskan hal-hal surau.

Artikel Berkaitan:

"Doakan papa senantiasa sehat dan kuat menghadapi sakit ini. Semoga papa bisa sembuh. Anakmu Nina... sayang papa," akhirinya.