X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Ditahan kurang 24 jam lepas samun tiga premis

Mohd Said (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas.
A
A

SEREMBAN - Polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki tidak sampai 24 jam selepas mereka dipercayai terlibat dalam kejadian samun di tiga lokasi berasingan di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Derah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua suspek bersama seorang lagi yang masih bebas dipercayai terlibat dalam kejadian samun berantai pada Ahad antara jam 7 hingga 9 malam di dua premis stesen minyak di Rahang dan sebuah kedai 24 jam di Jalan Campbell di sini melibatkan kerugian kira-kira RM1,500.

"Hasil risikan, dalam tempoh 24 jam polis berjaya menahan dua suspek di dua lokasi berasingan pada Isnin lepas iaitu seorang lelaki berumur 27 tahun di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada jam 7.55 pagi manakala seorang lagi di sebuah rumah pangsa di Sungai Way, Petaling Jaya pada jam 3 petang hari yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Khamis.

Mohd Said berkata, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, polis menemukan laci mesin wang yang disamun dan kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu iaitu sebuah Proton Wira yang dicuri di Puchong, Selangor.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan secara berkumpulan dan bersenjata.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai K Thiyago, 33, yang beralamat terakhir di Kampung Chery, Sungai Way,Petaling Jaya, Selangor bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Seremban, Inspektor Saidi Busman di talian 011-31558034," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, Thiyago baru dibebaskan dari penjara pada 23 Oktober lepas bersabit kes dadah, manakala kedua-dua suspek yang ditahan turut mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!