RUU Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 dibaca kali kedua

Rosol Wahid
Rosol Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 dibaca kali kedua di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ia bagi menambah baik Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2011 dan berkuatkuasa 1 November tahun sama.

Pindaan itu untuk menjadikan akta berkenaan lebih komprehensif bersesuaian dengan peredaran masa dan isu-isu berbangkit ketika ini.

Cadangan RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Rosol berkata, kementeriannya telah meminda beberapa peruntukan Akta 730 itu bagi tujuan menyusun semula dan memantapkan fungsinya.

Menurutnya, ia termasuklah untuk meluaskan skop akta itu bagi memasukkan larangan penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasikan atau memboikot apa-apa keluaran atau barangan.

"Dengan peluasan skop Akta 730, penyataan, ungkapan atau petunjuk terhadap komoditi negara terutamanya minyak kelapa sawit seperti ungkapan 'tanpa minyak kelapa sawit', 'palm oil free' dan sebagainya yang digunakan dalam mana-mana iklan termasuk label makanan, notis dan katalog akan dilarang melalui peraturan-peraturan yang akan dibuat di bawah Akta 730," katanya.

Artikel Berkaitan: