X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tiada pendakwaan jenayah terhadap anggota polis berpesta di balai

Azri Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Ketua balai berpangkat sub inspektor dan tiga anggotanya yang ditangkap ketika berpesta di dalam sebuah balai polis di daerah Kajang pada 20 Julai lalu dikenakan tindakan tatatertib.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan jenayah berikutan ujian air kencing kali kedua terhadap anggota dan pegawai terlibat didapati negatif dadah.

“Saya dimaklumkan bahawa ujian air kencing kali kedua yang dijalankan untuk pengesahan pakar patologi didapati pegawai terbabit negatif penyalahgunaan dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Azri berkata, siasatan berhubung tatatertib terhadap keempat-empat anggota berkenaan masih berjalan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Kesemua mereka telah diarahkan mengemukakan surat representasi kepada semua pertuduhan berhubung kesalahan mereka sebelum keputusan lanjut dibuat ke atas mereka.

“Mereka juga telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” jelas beliau.

Sinar Harian pada 28 Julai lalu melaporkan, siasatan akan dijalankan terhadap kesalahan penggunaan dadah dan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala pihak JIPS menjalankan siasatan selari dengan tatatertib.

Ketua balai berkenaan dan tiga anggota polis berpangkat koperal dan koperal sokongan, serta empat wanita orang awam ditahan dalam sebuah bilik khas di tingkat dua balai polis berkenaan.

Dalam serbuan yang dijalankan JIPS Bukit Aman itu, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesta di balai: Siasatan jenayah dan tatatertib dijalankan

[VIDEO] 3 anggota, seorang pegawai ditahan 'berpesta' dalam balai polis


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!