CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia

Allahyarham Marhaini memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Allahyarham Marhaini memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof dilapor meninggal dunia sebentar tadi.

Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, Petaling Jaya untuk urusan mandi, kafan dan solat jenazah.

Allahyarham Marhaini memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Beliau antara individu yang giat memperjuangkan usaha membudayakan interaksi dengan al-Quran menerusi kempen World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan pelbagai inisiatif berkaitan.

Di bawah gerakan berkenaan, masyarakat digalakkan meluangkan masa untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!