Gunung berapi La Palma paling aktif di Eropah sejak 100 tahun

Kira-kira 7,500 penduduk terpaksa dipindahkan sejak gunung berapi itu mula meletus bulan lalu. - Foto AP
Kira-kira 7,500 penduduk terpaksa dipindahkan sejak gunung berapi itu mula meletus bulan lalu. - Foto AP
A
A
A
LA PALMA - Gunung berapi di Kepulauan La Palma, Sepanyol terus memuntahkan lahar pada Rabu selepas teras dalaman runtuh hari sebelumnya.

Aliran baharu lahar dilaporkan mencetuskan kejadian tanah runtuh serta mengecam kawasan penempatan penduduk.

Presiden Kepulauan Canary, Angel Victor Torres berkata, gunung berapi ini yang paling aktif di seluruh Eropah sejak 100 tahun lalu.

Perkhidmatan Pentadbiran Kecemasan Copernicus Kesatuan Eropah menganggar aliran lahar daripada gunung berapi tersebut telah meliputi 908 hektar di pulau berkenaan serta menyebabkan kemusnahan kepada sekurang-kurangnya 2,162 bangunan.

Kira-kira 7,500 penduduk terpaksa dipindahkan sejak gunung berapi itu mula meletus bulan lalu.

Para saintis berkata gunung berapi Cumbre Vieja sangat aktif ketika ini dan letusan boleh berterusan sehingga tiga bulan lagi. - Awani

Artikel Berkaitan: