Piala Liga: West Ham akhiri penguasaan Manchester City

Antara aksi menarik perlawanan Manchester City menentang West Ham United di London. - Foto Manchester City FC
Antara aksi menarik perlawanan Manchester City menentang West Ham United di London. - Foto Manchester City FC
A
A
A

WEST HAM United mengakhiri penguasaan Manchester City di pentas Piala Liga apabila menyingkirkan penyandang kejuaraan tertua Inggeris itu dalam Pusingan 16 Terbaik Piala Liga di Stadium London.

The Hammers kendalian David Moyes menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menyingkirkan anak buah Pep Guardiola menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan 90 minit perlawanan.

Manchester City sebelum ini mencipta rekod menjulang kejuaraan Piala Liga empat kali berturut-turut dari 2018 hingga April 2021 sekali gus menyamai pencapaian dilakukan Liverpool yang memenangi trofi itu dari 1981 hingga 1984, yang diakhiri Tottenham Hotspur di pusingan ketiga pada Oktober 1984.

"Pencapaian luar biasa Manchester City di kejuaraan Piala Liga telah berakhir. Kami menamatkan dan beraksi dengan cara yang paling baik. Kami mencipta banyak peluang ketika menentang lawan yang mengamalkan corak bertahan dengan mendalam. Ya, West Ham lebih baik di pentas penentuan sepakan penalti.

"Apapun tahniah kepada West Ham, mereka adalah kelab hebat dengan pengurus yang hebat. Namun tahun depan kami akan kembali," ujar Guardiola.

Artikel Berkaitan: