Maut dilanggar MPV lawan arus

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai dipandu melawan arus dalam kejadian yang berlaku di KM1.6 Lebuhraya Penchala Link, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.55 pagi itu, mangsa berkenaan, Mohd Nabil Hashim, 22, turut tercampak dari jejantas laluan berkenaan ekoran pelanggaran tersebut.
“Polis terpaksa menutup satu lorong di laluan berkenaan bagi melakukan siasatan dan keadaan lalu lintas kembali lancar pada jam 6.45 pagi,” katanya.
Di samping itu, beliau berkata, Penolong Pegawai Paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) turut mengesahkan mangsa terlibat meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan dialaminya.
Tambah beliau, pemandu kenderaan MPV itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan susulan daripada kejadian itu.
Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam - Mohd Na'im
Fahmi ucap Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu
'Ahli Parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili'
Polis tahan lelaki warga asing seludup minuman keras
KL City rampas Piala Menteri Wilayah Persekutuan
Bukan taraf YB mengajar di masjid
Dua kanak-kanak melecur, singki meletup angkara jiran guna asid
'Kami kecewa, rasa dianiaya'
'Saya masuk PH bukan nak jadi ketua'