AS kritik Israel buat pertama kali

Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin berhimpun bagi membantah pembinaan penempatan haram Yahudi di Israel di Tebing Barat. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin berhimpun bagi membantah pembinaan penempatan haram Yahudi di Israel di Tebing Barat. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Selasa buat pertama kalinya mengkritik Israel sejak bertahun-tahun lalu kerana rancangan rejim Zionis mahu membina penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat menyatakan bahawa ia menentang dengan 'kuat' pembinaan penempatan haram baharu tersebut di wilayah Palestin itu.

Reaksi tersebut dibuat selepas empat tahun negara tersebut berada di bawah pentadbiran Presiden AS ke-45, Donald Trump yang sebelum ini memberikan lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah yang dijajahinya itu.

Bagaimanapun, Jabatan Negara di bawah pentadbiran Biden kerap kali memberi amaran tentang pembinaan penempatan haram tersebut dan pada Selasa lalu, ia mengkritik Israel dengan tegas selepas rejim Zionis meneruskan rancangan itu.

"Kami berasa amat bimbang tentang rancangan Israel untuk menambahkan unit-unit penempatan Yahudi termasuk tentang tender (pembinaan penemapatan haram itu) yang disiarkan pada Ahad untuk lebih 1,300 unit kediaman," kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

"Kami menentang kuat penambahan penempatan itu yang tidak konsisten dengan usaha mengurangkan ketegangan dan memastikan ketenangan tetapi ia (Israel) merosakkan prospek untuk penubuhan dua buah negara," tambahnya lagi.

Menurutnya, pihaknya berpendapat rancangan untuk mengesahkan pembinaan penempatan haram itu sebagai tidak boleh diterima.

Pada Jun lalu, ramai wakil-wakil rakyat Parti Demokrat telah menyatakan tentangan mereka terhadap polisi-polisi Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan: