Ini sebabnya mengapa lelaki asyik main game

A
A

Mungkin ada sebab mengapa seseorang itu terlalu asyik dengan game online ini. Sukar sekali untuk mereka stop apabila bermain game.Pandangan pakar mengenai kegilaan bermain game online mungkin menjawab persoalan obses game ini..

Pensyarah Pembangunan Game, Management and Science University, Faizal Md Fadzil berkata, permainan video ini ada pro dan kontranya. Paling penting katanya, pembangunan daripada game ini telah membuatkan kerajaan memperkenalkan sukan elektronik atau e-Sport.

Pensyarah Pembangunan Game, MSU, Faizal Md Fadzil
Pensyarah Pembangunan Game, MSU, Faizal Md Fadzil

E-Sport ini menjurus kepada sukan elektronik dan atletnya dalam kalangan mereka yang suka bermain game dalam skop yang lebih besar. Contohnya, pasukan Malaysia menang dalam pertandingan game Dota dan telah membawa pulang USD500,000 (RM2,041,368.43).

Selain itu, kata Faizal, permainan video ini turut dijadikan wadah permainan untuk seseorang itu membuat duit sampingan.

"Mereka boleh menjual barangan rare dalam permainan kepada pemain yang lain di alam maya. Contohnya, barangan senjata yang mana pemain tidak mahu menjalani proses yang lama dalam permainan mereka, akan membeli untuk menambah kuasa permainan mereka. Harga barangan itu boleh menjadi tinggi bergantung kepada legend atau rare barang itu.

Beliau juga berpendapat, permainan video ini juga dijadikan pilihan kepada mereka yang hendak lari daripada kehidupan sebenar.

"Di alam permainan video ini mereka boleh ada keluarga juga boleh setkan temu janji.

“Mungkin kehidupan mereka sebenar teruk. Jadi, mereka tumpukan pada game yang boleh membahagiakan mereka. Ini mungkin salah satu sebab mereka tidak boleh berhenti dan hanya berehat sekejap bagi membolehkan mereka terus 'hidup' di alam maya,” kata Faizal yang menjelaskan bahawa game popular kini ialah Mobile Legends, 4J dan Dota. Pun demikian, katanya, game online boleh mendatangkan kesan negatif, namun ia bergantung kepada diri seseorang pemain itu.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

"Mereka perlu mengawal diri untuk tidak terlibat dengan unsur keganasan yang terdapat dalam permainan itu. Pemain juga perlu menghindarkan diri membeli game yang dirasakan memberi unsur negatif kepada diri.

"Setiap pemain yang ingin terlibat dalam permainan video ini harus tahu had kehidupan mereka. Mereka harus bijak mengurus masa dengan baik jika mahu terlibat dalam game online ini," ujar beliau.