MyMPS, perbaharui lesen MPS secara digital

MyMPS mudahkan pemegang lesen melakukan pembayaran dan mencetak lesen perniagaan sendiri.
MyMPS mudahkan pemegang lesen melakukan pembayaran dan mencetak lesen perniagaan sendiri.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) perkenal aplikasi MyMPS untuk pemegang lesen premis perniagaan membuat pembayaran dan mencetak sendiri lesen perniagaan masing-masing.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, ia bagi memudahkan pemegang lesen membuat bayaram secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal di kaunter.

Menurutnya, pemegang lesen boleh mula mengemas kini maklumat masing-masing di http://lesendigital.mps.gov.my dan seterusnya membuat pembayaran di mymps.mps.gov.my.

"Pembaharuan dan pembayaran perlu dibuat sebelum 31 Disember 2021 untuk mengelakkan caj fi proses lewat sebanyak 10 peratus daripada jumlah aktiviti lesen dikenakan.

"Bagi pemegang lesen minuman keras atau arak, visual atau billboard, kilang tanpa kebenaran, rumah urut atau refleksologi, pusat siber, hotel, barang lusuh dan kuari, proses bayaran

boleh dibuat melalui MyMPS dan lesen perniagaan boleh diperolehi di Jabatan Pelesenan MPS," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pelesenan menerusii talian 03-61265940, 03-61265941, 03-61265942, 03-61265943 atau layari www.mps.gov.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembaruan lesen.

Artikel Berkaitan: