Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KINABATANGAN - Seorang lelaki berumur 40 tahun telah dilaporkan hilang dan dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Sinar Jaya di sini malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu dan bergegas ke tempat kejadian kira-kira 14 km dari balai.

Maklumat orang awam mengatakan mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di tebing sungai di kampung itu.

Mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini selepas ditangguh pukul 10.35 malam tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan: