X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Lelaki maut ditetak rakan serumah

Seorang lelaki maut ditetak selepas bergaduh dengan rakan serumahnya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di sini pada Ahad malam. - Gambar hiasan
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut ditetak selepas bergaduh dengan rakan serumahnya dipercayai pergaduhan itu berpunca daripada kehilangan sebuah telefon bimbit milik kawan mereka, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di sini pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Sisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan kejadian terhadap lelaki berusia 30 tahun itu pada jam 7.35 malam.

“Berdasarkan keterangan saksi iaitu adik lelaki tiri suspek, dia yang tinggal di rumah bersebelahan terdengar pertengkaran mulut antara abang tirinya yang menyewa rumah itu bersama si mati dengan beberapa lagi rakan pada jam 7.30 malam.

“Menurut saksi itu, dia bagaimanapun tidak melihat pertengkaran tersebut sehinggalah nampak si mati dibawa ke pondok di hadapan rumah oleh dua rakan serumah si mati sebelum kedua-duanya menghubungi ambulans berikutan si mati cedera parah akibat ditetak,” katanya yang dihubungi Bernama pada Isnin.

Noorzainy berkata, mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.17 malam ketika menerima rawatan akibat cedera parah di betis dan jari.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di kawasan Mak Mandin pada 9 pagi Isnin dan menerusi siasatan awal, lelaki itu mengaku berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan antaranya dengan mangsa.

Katanya, hasil ujian saringan awal darah mendapati, mangsa positif dadah dan memiliki 15 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah manakala suspek yang mempunyai 22 rekod lampau berkaitan jenayah kini direman seminggu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!