X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Mental kena kuat jika mahu pergi lebih jauh

Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan aksi membanggakan pada saingan Terbuka Denmark. - Foto Badminton Association of Malaysia
A
A

PEMAIN badminton negara perlu memiliki ketahanan dan kekuatan mental jika mahu melangkah lebih jauh dalam sebarang kejuaraan besar pada masa depan.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, elemen itu penting bagi memastikan pemain mampu bertahan dan meneruskan cabaran pada kejohanan berkenaan.

“Bagi saya, elemen ini perlu ada pada setiap pemain negara. Tambahan pula ketika ini, mereka sedang mengharungi jadual kejohanan yang padat.

“Ketahanan ini boleh dimulakan pada sesi latihan. Tidak kira sama ada pemain junior atau pemain senior, mereka perlu untuk memiliki ketahanan mental. Secara tidak langsung, dengan memiliki ketahanan mental ini, pemain-pemain juga akan menjadi lebih berdisiplin

“Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin ternyata memiliki kekuatan mental bagi mengharungi aksi separuh akhir itu di sebalik provokasi daripada penonton tuan rumah,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Choong Hann berkata ketika diminta mengulas kematangan dan semangat kesukanan yang dipamerkan gandingan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tewas 11-21, 21-19, 18-21 kepada beregu Denmark, Astrup Anders-Skaarup Rasmussen pada aksi separuh akhir, lewat malam Sabtu.

Mengulas lanjut, Choong Hann berkata, kecemerlangan Sze Fei-Nur Izzuddin pada ketika ini masih belum melayakkan mereka untuk bergelar gandingan beregu nombor satu negara.

Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan aksi membanggakan pada saingan Terbuka Denmark. - Foto Badminton Association of Malaysia
Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan aksi membanggakan pada saingan Terbuka Denmark. - Foto Badminton Association of Malaysia

Katanya, biarpun gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengalami penurunan prestasi ketika ini, namun ia bukan faktor utama untuk Sze Fei-Nur Izzuddin naik pangkat.

“Bagi saya, perjalanan Sze Fei-Nur Izzuddin masih jauh untuk bergelar gandingan beregu nombor satu negara. Secara keseluruhannya, inilah yang kita mahukan iaitu melahirkan lebih ramai pemain atau gandingan beregu yang bagus untuk skuad negara.

“Ini kerana, kita tidak boleh terlalu bergantung hanya kepada satu atau dua pemain atau beregu sahaja, mesti ada lebih daripada itu,” katanya.

Mengenai prestasi keseluruhan skuad negara, Choong Hann mengakui berpuas hati malah berharap prestasi baik dipamerkan dapat diteruskan pada kejuaraan Terbuka Perancis yang bakal mulai 26 hingga 31 Oktober ini.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi pemain negara. Contohnya, seperti Lee Zii Jia, biarpun tewas kepada Viktor Axelsen pada suku akhir Terbuka Denmark, namun dia telah mempamerkan aksi yang konsisten.

“Oleh itu diharapkan Zii Jia dan juga pemain-pemain lain akan dapat memberikan aksi yang lebih baik pada Terbuka Perancis,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!