Ibrahimovic otai masih berbisa di Serie A

Ibrahimovic ketika meraikan jaringan semasa perlawanan Serie A menentang Bologna di Stadium Renato-Dall'Ara, Bologna. FOTO: AFP
Ibrahimovic ketika meraikan jaringan semasa perlawanan Serie A menentang Bologna di Stadium Renato-Dall'Ara, Bologna. FOTO: AFP
A
A
A

PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain keempat tertua meledak gol dalam saingan Serie A ketika membantu Rossoneri mengatasi Bologna 4-2 di Stadium Renato Dall'Ara.

Tonggak Sweden itu meledak dua gol termasuk satu jaringan sendiri apabila tertampan sepakan sudut Nico Dominguez, menyaksikan dia mencipta rekod penjaring pada usia 40 tahun dan 20 hari pada perlawanan kesembilan gergasi Itali tersebut.

Untuk rekod, tiga lagi penjaring adalah Pietro Vierchowod pada usia 40 tahun dan 47 hari, legenda Silvio Piola pula 40 tahun dan 131 hari.

Rekod kekal milik Alessandro ‘Billy’ Costacurta, pada usia 41 tahun dan 25 hari ketika dia menyempurnakan sepakan penalti ketika Milan tewas 2-3 kepada Udinese di San Siro pada 19 Mei 2007.

Artikel Berkaitan: