Kes kematian lelaki muda tertinggi di Amerika

Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika
A
A
A

BOGOTA - COLOMBIA . Separuh kematian dalam kalangan penduduk muda Amerika berusia 10 hingga 24 tahun adalah disebabkan pembunuhan, kemalangan jalan raya dan peningkatan kadar bunuh diri, dengan lelaki muda menjadi mangsa utama.

Reuters yang memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) berkata, kadar kematian belia rantau itu cuma menurun sedikit antara 2000 dan 2015 berdasarkan data terbaharu 48 negara dan wilayah di Amerika.

Golongan muda mewakili satu perempat daripada 237 juta penduduk di rantau itu.

Menurut PAHO, 80 peratus daripada 230,000 kematian setahun dalam kalangan penduduk berusia 10 hingga 24 tahun membabitkan lelaki dewasa dan remaja, termasuk sembilan daripada 10 kematian disebabkan kes bunuh dan tiga daripada empat adalah kes bunuh diri.

Kadar bunuh diri terus meningkat di seluruh rantau itu, dan ketika lebih ramai wanita muda cuba membunuh diri, lebih ramai lelaki mati akibatnya, kata PAHO.

Penasihat PAHO serantau, Sonja Caffe berhubung kesihatan belia, penting bagi negara itu menyedari kadar kematian tinggi dalam kalangan lelaki muda.

“Adalah penting bagi negara menyedari kadar kematian tinggi dalam kalangan lelaki muda, sebahagiannya disebabkan tekanan dihadapi mematuhi kebiasaan jantina yang mungkin menyumbangkan kepada tindak tanduk membahayakan seperti agresif dan suka mengambil risiko

“Inilah sebabnya penting pekerja kesihatan bekerjasama dengan keluarga, sekolah dan komuniti dalam usaha menangani norma sosial yang menjejaskan impak kesihatan fizikal dan mental,” katanya mengenai kesihatan belia.

Artikel Berkaitan:

Bagi wanita muda dan gadis, proses kelahiran kekal menjadi punca utama kematian di Amerika.

Sejak 2010 hingga 2014, kematian ketika bersalin adalah punca keempat kematian dalam kalangan wanita dan gadis berusia 10 hingga 24 tahun disebabkan komplikasi ketika hamil dan semasa bersalin dalam kalangan remaja, menurut PAHO.