X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

SOP kemasukan pekerja asing dipersetujui

Ismail Sabri. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke negara ini dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bagi memenuhi keperluan sektor perladangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP tersebut akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara 'case-by-case basis' oleh Jawatankuasa Pekerja

Asing yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik telah meluluskan SOP kemasukan pekerja asing ke negara ini.

"Bagaimanapun kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan yang lain adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia.

"Antara SOP yang ditetapkan adalah pekerja asing telah menerima vaksinasi lengkap yang diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan melakukan ujian saringan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum meninggalkan negara asal serta perlu mengemukakan sijil vaksinasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat..

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, ketibaan pekerja asing hanya melalui pintu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sahaja.

Beliau berkata, pengecualian diberikan terhadap pekerja asing Thailand iaitu kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang.

"Pekerja asing ini akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat kuarantin yang diperakui kerajaan di sekitar Lembah Klang sahaja manakala ujian saringan RT-PCR akan dilakukan pada hari kedua dan kelima selepas ketibaan.

"Jika positif, mereka akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta bagi kategori satu dan dua manakala kategori tiga hingga lima perlu dirujuk ke hospital swasta," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebaik tamat kuarantin dan disahkan negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis majikan dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan majikan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!