Hadis sebarkan kedatangan awal bulan Islam palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua hadis yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu tentang kemasukan awal bulan-bulan Islam, adalah palsu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dalam catatan Irsyad Al-Hadith Siri ke-350 berkata, penyebaran hadis palsu ini perlu dihentikan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

"Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab penyebaran hadis yang menyatakan sesiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.

Menurut Zulkifli, menjadi kewajipan kita semua untuk mengenal pasti sumber dan status (hukum) sesebuah hadis sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkannya.

"Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadis tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW.

"Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam," katanya.

Artikel Berkaitan: