X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Warga Indonesia maut ditikam rakan senegara

Foto 123rf. (Gambar kecil: Wan Mohd Zahari)
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja kilang warga Indonesia maut akibat ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di rumah kongsi pekerja sebuah kilang papan di kawasan Perusahaan Batu 3, Jalan Gambang petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman di dada dan siku.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Menurutnya, susulan kejadian, polis menahan suspek berusia 33 tahun selepas menyerah diri di Balai Polis Kuantan pada hari yang sama.

"Hasil siasatan, polis menemui pisau yang digunakan selepas suspek menunjukkan lokasi senjata itu dibuang. Polis turut merampas pakaian yang digunakan ketika kejadian," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Wan Zahari berkata, siasatan awal motif kejadian dipercayai suspek di bawah pengaruh dadah dan mengalami halusinasi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!