Anggota bomba lemas: Reezal ucap takziah

Reezal Merican - Foto Bernama
Reezal Merican - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota bomba, Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia akibat lemas ketika operasi penyelamatan di Sungai Putat, Melaka.

"Berat hati saya apabila dimaklumkan anggota bomba Melaka Tengah Mohd Diya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Melaka jam 3.11 pagi Khamis," katanya menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut memberitahu bahawa jasa, bakti dan pengorbanan Allahyarham sudah tentu tidak terbalas.

"Semoga ALLAH Taala mengurniakan ganjaran sebaiknya dan mengangkat darjat Allahyarham bersama orang-orang soleh. Al-Fatihah," katanya.

Mohd Diya, 46, disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka pada jam 3.11 pagi pada Khamis.

Dalam kejadian jam 4 petang Rabu, beliau dilaporkan lemas ketika ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

Difahamkan anggota tersebut tersangkut di dalam aliran deras air banjir sebelum diselamatkan lapan orang anggota bomba bersama 10 penduduk kampung.

Artikel Berkaitan: