Ronaldo ketuai kebangkitan luar biasa Manchester United

Ronaldo bersama Maguire antara penjaring gol ketika membantu Manchester United mengatasi Atalanta di Old Trafford. - Foto FB Cristiano Ronaldo
Ronaldo bersama Maguire antara penjaring gol ketika membantu Manchester United mengatasi Atalanta di Old Trafford. - Foto FB Cristiano Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo membuktikan dia masih berbisa apabila mengetuai kebangkitan luar biasa Manchester United ketika menewaskan Atalanta 3-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, awal pagi Khamis.

Aksi Kumpulan F itu, anak buah Gian Piero Gasperini terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Mario Pašalić (15') sebelum Merih Demiral (28') meletakan I Nerazzurri selesa mendahului di separuh masa pertama.

Namun The Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjær yang tidak mengalah kembali menyamakan kedudukan menerusi Marcus Rashford (53') diikuti Harry Maguire (75') untuk kedudukan 2-2.

Ketika kedua-dua kelab seolah-olah bakal membawa pulang satu mata, Ronaldo muncul wira kelab Inggeris tersebut apabila meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-81'.

Keputusan itu menyaksikan Manchester United memimpin kumpulan dengan enam mata manakala diekori rapat Atalanta kedua dengan empat mata selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.

Mengulas mengenai prestasi Ronaldo, Solskjaer berkata, bekas penyerang Juventus itu sememangnya tajam di depan pintu gol.

"Sekiranya terdapat pihak yang mahu mengkritik Ronaldo berkenaan sikap dan komitmennya, lihat sahajalah aksinya di perlawanan ini," ujar Solskjaer.

Artikel Berkaitan: