X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Reman anggota tentera bunuh lelaki disambung

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu untuk permohonan sambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.
A
A

TAIPING - Anggota tentera yang menjadi suspek utama kes bunuh seorang lelaki apabila mayatnya ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama pada minggu lalu disambung reman tujuh hari lagi.

Perintah reman yang bermula Khamis itu dikeluarkan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh di Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu.

Suspek berusia 34 tahun memakai baju lokap oren tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi.

Mahkamah membenarkan reman terhadap suspek itu disambung sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Permohonan dibuat selepas tempoh reman tujuh hari yang bermula Khamis lalu tamat pada Rabu.

Suspek yang berpangkat pegawai waran itu diberkas di Perlis pada 13 Oktober lalu selepas polis menerima laporan membabitkan kes seorang lelaki dilarikan secara paksa dari rumahnya di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.

Pada 12 Oktober lepas, mangsa yang merupakan seorang pesara tentera ditemui maut dengan sembilan kesan tikaman iaitu lima tikaman di bahagian belakang badan manakala empat tikaman lagi di bahagian hadapan.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dengan mayatnya dijumpai di kawasan semak kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan, Selama.

Punca pembunuhan lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai kerana cemburu apabila suspek menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Selain suspek, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 31 tahun sehingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 363 kanun sama kerana melarikan orang dengan salah.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara cemburu, pesara tentera maut ditikam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!