X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Bekalan air dijangka disalur berperingkat petang ini

Gambar hiasan.
A
A

SEPANG - Bekalan air di 156 kawasan sekitar Sepang dan Kuala Langat yang terjejas dijangka kembali disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula pada jam 6.30 petang ini (Selasa).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di laman Facebook berkata, sehingga jam 6 pagi pada Selasa, pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi baik pulih paip pecah di Simpang LBJ, Kampung Chinchang, Salak Tinggi di sini telah mencapai tahap 29 peratus.

Menurutnya, kerja-kerja baik pulih itu berdepan kesukaran berikutan paip pecah berkenaan terletak berhampiran sungai dan proses pengukuhan tebing perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

"Proses pembaikan dijangka selesai pada jam 6 petang hari ini," menurut Air Selangor dalam kemas kini tersebut.

Dalam pada itu, Air Selangor berkata, bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya sekitar jam 6 petang pada Rabu.

Tambahnya, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberi kepada premis kritikal," katanya.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan 156 kawasan di kawasan Sepang dan Kuala Langat berdepan gangguan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!