X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Ahmad Nazlan dilantik Pengerusi PUNB

Ahmad Nazlan Idris
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Oktober 2021.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Tan Sri Noh Omar yang meletak jawatan pada 1 September 2021 berikutan lantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ahmad Nazlan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada 2020 hingga 2021.

Beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Pengerusi Kolej Poly Tech Mara pada 2015 hingga 2018 selain pernah menjadi Ahli Majlis Penasihat Felda dan Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Global Ventures Sugar Sdn Bhd dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Pahang memiliki Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, dengan pengetahuan dan pengalaman luas Ahmad Nazlan diharap dapat membantu memacu kecemerlangan sekali gus memantapkan kedudukan PUNB sebagai pusat pembangunan keusahawanan Bumiputera terulung di negara ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!