Menteri yakin guna dron untuk urusan pos

Kumpulan System Consultancy Services Sdn Bhd menjadi juara pertandingan parcel dron anjuran Pos Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang pertama kali dianjurkan melibatkan penyertaan 40 pasukan yang bermula semalam. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Penggunaan dron secara komersil dalam industri pos dan kurier mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.

Beliau berkata teknologi dron mempunyai kelebihan dalam beberapa bidang seperti kesihatan, pertanian dan perubatan malah boleh membantu membawa bekalan makanan kepada mereka yang terperangkap dalam banjir.

Katanya penggunaan inovasi 'Unmanned Aerial Vehicle' (UAV) dron sedang giat dilaksanakan di pelbagai negara seperti Switzerland di mana Swiss Post telah menggunakan dron secara komersil bagi menghantar sampel atau spesimen makmal di antara klinik dan hospital sejak 2018.

"Malaysia sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam arus permodenan itu, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyuarakan pendapat bahawa negara kita mesti meneroka teknologi baharu seperti dron dan kepintaran buatan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Parcel Drone 2019 di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.