Lima sekeluarga nyaris rentung

Mohd Khairul melihat rumah sewanya musnah terbakar.
Mohd Khairul melihat rumah sewanya musnah terbakar.
A
A
A

TUMPAT - Tindakan seorang kanak-kanak yang mengejutkan keluarganya setelah menyedari bau asap dan bahang api telah menyelamatkan keluarganya daripada rentung dalam kebakaran di kampung Kubang Palas Luar, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi, Mohd khairil Mohd Khairul, 9, tersedar dari tidur apabila kebakaran itu bermula dari bilik tidurnya.

Dalam keadaan mamai, dia kemudiannya mengejutkan kakaknya, Nor Ain Izzaty, 14, yang tidur di sebelahnya untuk menyelamatkan diri serta adik bongsunya, Aina Izara, 6.

Sebelum mengejutkan kedua ibu bapanya, Nor Ain Izzaty cuba memadamkan kebakaran di bilik tidurnya dengan menjirus api sebanyak dua gayung.

Tetapi api tersebut semakin marak dan dalam keadaan ketakutan mereka mengejutkan ibunya, Hamina Abdullah, 33.

Hamina berkata, dia terkejut melihat api yang sudah marak di bilik tidur anaknya dan merebak ke bahagian lain.

Katanya, dia terus mengejutkan suaminya, Mohd Khairul Mohd Nor, 38, dan menyelamatkan anak-anak serta motosikal dan kereta di garaj.

"Saya ketika itu baru terlelap kerana baru pulang berniaga burger bersama suami.

Artikel Berkaitan:

"Saya masuk tidur jam 3.30 pagi dan sebelum itu tiada apa-apa yang pelik yang boleh menyebabkan punca kebakaran berlaku," katanya menyewa di rumah terbabit.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan dia tinggal sehelai sepinggang, malah wang modal berniaga burger turut terbakar bersama dokumen penting.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota bomba dengan tiga jentera bergegas ke lokasi memadam kebakaran tersebut.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.