Maut ditikam rakan ketika mabuk

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai ditikam ketika mabuk bersama tiga rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kilang di Mahsan pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Moe Naing, 36, dipercayai meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa bahagian badan.

Menurut sumber, pemeriksaan di kilang tempat kejadian mendapati lima pekerja asing termasuk tiga suspek sudah menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati suspek merupakan tiga lelaki warga Myanmar tetapi dua lagi yang dipercayai bekerja di kilang sama turut melarikan diri.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat," kata sumber terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Hoo Chang Hook ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

"Usaha mengesan suspek sedang dipergiat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta melaporkannya di balai polis berhampiran.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: