Awang Ahmad Sah Ketua Penerangan Warisan baharu

Awang Ahmad Sah Awang Sahari
Awang Ahmad Sah Awang Sahari
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang baharu.

Pelantikan itu bagi menggantikan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang keluar meninggalkan Warisan dan menjadi ADUN Bebas pada minggu lalu.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat majlis tertinggi parti yang diadakan pada Sabtu.

Sementara itu, Awang Ahmad Sah yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) berkata, jawatankuasa penerangan yang diterajuinya bakal terdiri daripada pasukan muda yang berpengalaman untuk menangani masalah pada kadar segera.

"Salah satunya adalah Undi 18 yang akan dilaksanakan pada akhir tahun ini yang membenarkan pengundi berdaftar berusia 18 tahun untuk menggunakan hak mereka pada pengundian," katanya.

Sebelum itu, Awang Ahmad Sah, 62, yang juga Ketua Bahagian Putatan Warisan telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada September 2020.

Artikel Berkaitan: