Polis teliti laporan terhadap kumpulan antivaksin

Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin
A
A
A

LARUT - Polis akan meneliti setiap laporan diterima terhadap kumpulan antivaksin sebelum tindakan perundangan diambil.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan mendalam akan dilakukan menerusi laporan polis yang diterima daripada pelbagai pihak.

"Pertama sekali perlu buat laporan polis dan jika dilihat ada pelanggaran, kami akan ambil tindakan.

"Sebagai menteri menjaga penguatkuasaan undang-undang. akan lihat dahulu laporan polis, dalam seksyen mana, apa perkara yang mereka telah lakukan (kesalahan).

"Kemudian akan umumkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penyampaian kotak makanan dan ramah mesra bersama penduduk di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau di sini pada Sabtu.

Hamzah (tiga dari kanan) menyampaikan kotak makanan kepada penduduk di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau pada Sabtu.
Hamzah (tiga dari kanan) menyampaikan kotak makanan kepada penduduk di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Ditanya mengenai keperluan mewujudkan akta baharu terhadap golongan terbabit, Hamzah berkata, perkara itu akan difikirkan kemudian.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah dengan membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan itu.

Khairy berkata, beberapa kumpulan antivaksin dilihat masih berterusan menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN:KJ minta ambil tindakan segera terhadap kumpulan antivaksin

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan belum buat keputusan wajibkan suntik vaksin Covid-19