X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat Darah Negara perlukan stok darah 'A'

Pusat Darah Negara
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) hari ini meminta orang ramai, khususnya yang mempunyai darah kumpulan A, agar tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu di PDN.

Menurut Ketua Seksyen Bahagian Perolehan Darah PDN Dr Thane Moze Darumalinggam, bekalan darah daripada kumpulan berkenaan berada pada tahap sederhana.

“Buat masa ini, bekalan darah di PDN memang mencukupi, cuma darah A berada pada tahap sederhana.

“Jangan percaya mitos kononnya jika seseorang itu derma darah ia akan membuatkan berat badan mereka akan naik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Program Derma Darah bersempena Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota ke-60 di Kem Kementah, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Azlan Abd Rahman.

Sementara itu, Azlan berkata pihaknya menyasarkan kutipan 400 beg darah pada program sehari bermula 8 pagi tersebut.

“Warga tentera digalakkan untuk menderma darah kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!