China berjaya lancar satelit penerokaan solar pertama

China berjaya melancarkan satelit penerokaan solar pertamanya ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, Provinsi Shaanxi China pada 6.51 petang Khamis.- Foto Xinhua
China berjaya melancarkan satelit penerokaan solar pertamanya ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, Provinsi Shaanxi China pada 6.51 petang Khamis.- Foto Xinhua
A
A
A

TAIYUAN - China berjaya melancarkan satelit penerokaan solar pertamanya ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, Provinsi Shaanxi China pada 6.51 petang Khamis.

Satelit dinamakan "Xihe" itu memasuki orbit dengan menggunakan roket pembawa Long March-2D.

"Xihe", satelit ujian sains dan teknologi itu dijadual beroperasi pada orbit segerak matahari sejauh 517 kilometer dari permukaan bumi dan melakukan pencerapan terhadap matahari 24 jam sehari.

Satelit itu akan menjalankan penerokaan ruang pertama pengimejan spektrum solar Hα.

Difahamkan, pelancaran satelit ini akan meningkatkan keupayaan penyelidikan China dalam bidang fizik solar, dan kondusif dalam mengeksplorasi ruang angkasa dan membangunkan teknologi satelit bagi negara ini.

Selain itu, sepuluh satelit kecil termasuk satelit eksperimen pengesanan ketumpatan atmosfera orbit dan satelit eksperimen konstelasi pengesanan meteorologi komersial juga dihantar ke angkasa lepas dengan menggunakan roket pembawa yang sama.

Ini adalah misi penerbangan ke-391 bagi siri roket pembawa Long March. -Bernama

Artikel Berkaitan: