X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Langgar lampu merah kesalahan paling tinggi libat 'rider' p-hailing

Azrin memberi advokasi kepada penunggang motosikal p-hailing
A
A

NILAI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengesan kesalahan langgar lampu merah adalah paling tinggi direkodkan dalam Ops Merah melibatkan penunggang motosikal khidmat penghantaran barangan dan makanan (p-hailing).

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, sebanyak 38 kes direkodkan sepanjang operasi yang dijalankan sejak 8 hingga 12 Oktober lalu.

"Berdasarkan risikan dan aduan, kebanyakan penunggang motosikal p-hailing ini melanggar lampu isyarat merah dengan alasan nak kejar 'trip' tempahan pelanggan.

"Malah kita dapati ada juga yang teruskan perjalanan ketika lampu isyarat kuning sedangkan kita perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk berhenti," katanya pada sidang akhbar selepas membuat advokasi kepada p-hailing di Nilai pada Jumaat.

Menurutnya, kesalahan lain yang dikesan ialah tidak mematuhi isyarat jalan yang lain dan kesalahan berkaitan pemakaian topi keledar.

Beliau berkata, secara keseluruhannya sebanyak 560 kenderaan telah diperiksa sepanjang Ops Merah dengan pelbagai kesalahan lain termasuk kesalahan pelesenan pemandu sebanyak 17 kes, kesalahan teknikal (10) dan kesalahan pelesenan kenderaan (8).

"JPJ akan terus melaksanakan advokasi secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada penunggang motosikal p-hailing. Sepanjang Januari hingga September lalu, sebanyak 33 program advokasi telah dijalankan dengan turun padang ke lokasi utama penunggang motosikal p-hailing di Seremban dan Nilai secara bersemuka.

"Tindakan penguatkuasaan merupakan langkah terakhir yang akan diambil bagi mendisiplinkan mereka yang melakukan kesalahan secara berterusan supaya lebih berhati-hati pada masa depan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!