X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Lumayan jual C2Joy, jus BerryMix

Mariah membesarkan anak-anaknya dengan pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan TDC.
A
A

DUNIA perniagaan mungkin nampak indah pada pandangan orang sekeliling namun tiada siapa tahu jerit perih yang terpaksa dilalui mereka sebelum berjaya dalam perniagaan diusahakan.

Bagi pengedar TDC Holdings Sdn Bhd (TDC), Hasni Hairiji, 49, menjadi usahawan sebenarnya jauh lebih mencabar daripada mereka yang makan gaji apatah lagi dengan keadaannya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Hasni terpaksa bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda dan kadang-kadang memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak dan urusan harian.

Hasni komited menjual C2Joy dan bersyukur menerima sambutan yang memberangsangkan.
Hasni komited menjual C2Joy dan bersyukur menerima sambutan yang memberangsangkan.

“Penglibatan awal bersama TDC tidak mudah, saya berdepan dengan pelbagai cabaran. Ada yang ragu bagaimana OKU mahu menjual produk kesihatan untuk orang yang normal?”

“Selain itu, keyakinan yang masih rendah terhadap kemampuan syarikat dan keberkesanan produk juga antara cabaran utama saya sewaktu terlibat dengan perniagaan ini,” katanya yang berasal dari Bangi, Selangor.

TDC adalah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (Multi-Level Marketing - MLM) milik Muslim di Malaysia yang berjaya menggabungkan keindahan konsep MLM dan pemborongan ke dalam pemasaran syarikat, serta diiktirafkan sebagai Syarikat Patuh Shariah oleh Koperasi Angkasa Malaysia Berhad, Lariba Consulting dan Sirim MS 1900:2014.

Produk utamanya iaitu susu C2Joy merupakan minuman berasaskan susu kolostrum, lengkap dengan nutrisi dan membantu dalam mempertingkatkan sistem imunisasi badan.

Produk BerryMix yang berfungsi mengoptimumkan kesan antioksidan selama beberapa hari di dalam badan dengan tambahan vitamin C juga salah satu produk edaran TDC yang mendapat perhatian dan review daripada beberapa selebriti tempatan seperti Sazzy Falak, Dayah Bakar, Janna Nick dan Talitha Tan.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun bersama TDC, perniagaan terus berkembang. Kini saya berjaya menjana pendapatan lima angka sebulan walaupun dalam kemelut Covid-19 yang melanda negara,” katanya.

Produk Berrymix.
Produk Berrymix.

Ubah kehidupan

Berkongsi kisah sama, ibu tunggal, Mariah Salleh, 61, mengambil keputusan menyertai TDC kerana sebelum ini pernah mengalami masalah slip disc dan osteoporosis sehingga suatu masa dia tidak mampu berjalan.

Dia cuba melakukan pelbagai ikhtiar untuk merawat penyakit yang dialaminya sehingga diperkenalkan dengan produk susu C2Joy keluaran TDC.

“Setelah mengamalkan susu tersebut, lebih kurang tiga minggu saya dapat rasakan keadaan diri saya semakin sihat.

“Sejak itu, saya terus berniaga dengan syarikat TDC dan memperkenalkan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan sama seperti saya.

“Alhamdulillah dengan pendapatan di luar jangkaan, ia telah mengubah sebahagian besar hidup saya,” ujarnya.

Mariah yang berasal dari Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah akui sejak kecil lagi dia diuji dengan kemiskinan dan kesakitan.

Adik-beradiknya ditakdirkan menghidap penyakit ‘talasemia major’, bahkan dia sendiri mengalami ‘talasemia minor’.

“Semasa zaman persekolahan, saya banyak menghabiskan masa di hospital kerana terpaksa menjaga adik yang memerlukan rawatan.

“Setelah sembilan tahun berkahwin, saya turut diuji dengan kematian suami ketika mengandungkan anak yang keenam,” luahnya.

Dia bersyukur kini permintaan susu C2Joy di luar jangkaan kerana keberkesanan produk tersebut yang mampu meningkatkan sistem imunisasi badan khususnya dalam era pandemik Covid-19.

Produk C2Joy
Produk C2Joy

Berpotensi

Sementara itu, seorang lagi Pengedar TDC, Badrul Hisham Ishak, 39, turut berkongsi pengalamannya dalam dunia perniagaan.

Sebelum ini, sebagai peniaga roti canai dia meraih pendapatan harian sekitar RM20 sehari, anggaran sebulan sebanyak RM600 yang ternyata tidak mencukupi untuk keperluan sekeluarga.

Namun, kehidupannya berubah selepas mengambil peluang untuk melibatkan diri dengan menjadi ‘peniaga susu C2Joy tepi jalan’.

“Pada awalnya saya hanya menjual secara sambilan, kemudian saya jadikan pekerjaan sepenuh masa. Alhamdulillah, selepas sebulan mempromosikan susu C2Joy kepada kenalan secara dalam talian, saya sudah mula mendapat pendapatan bersih empat angka bermula pada bulan kedua.

“Ia terus berkembang pada bulan seterusnya sehinggalah sekarang. Terima kasih TDC Holdings yang beri inspirasi mengubah hidup saya,” katanya yang berasal dari Pendang, Kedah.

Badrul Hisham (kiri) bersama rakan menunjukkan produk C2Joy.
Badrul Hisham (kiri) bersama rakan menunjukkan produk C2Joy.

Lima tahun terlibat dengan TDC, bagi Badrul Hisham peluang untuk berniaga sangat mudah kerana produk TDC mendapat sambutan yang memberangsangkan dan kemungkinan untuk pelanggan menambah tempahan adalah tinggi.

“Paling mengujakan, bonus dibayar setiap hari,” katanya sambil memberitahu berlaku peningkatan ketara jualan ketika pandemik ini.

Dia menyeru orang ramai menyertai TDC dan merebut peluang untuk menjana pendapatan lumayan.

Dengan pakej serendah RM120 mereka yang berminat boleh memulakan perniagaan dan mampu meraih bonus harian dari RM90 sehingga RM5,000 sehari.


INFO TDC


Menawarkan dua produk kesihatan, susu C2Joy dan jus BerryMix

FB: C2Joy HQ

Ig: tdcforyou

Youtube: TDCFORYOU


SENARAI STOKIS


Nama: Shamsul

No tel: 0192554311

Kawasan: Puchong, Selangor


Nama: Nurmah

No tel: 0196088270

Kawasan: Melaka


Nama: Harlina

No tel: 0133847498

Kawasan: Negeri Sembilan


Nama: Syiera Zukri

No telefon: 0192194531/ 01136693306

Kawasan: Johor


Nama: Anieza

No tel: 01110945878

Kawasan: Seremban, Negeri Sembilan


Nama: Bijakberkat

No tel: 0145450888

Kawasan: Kuala Lumpur


Nama: Amr Global Network

No tel: 0192848888

Kawasan: Nilai


Nama: Merylene

No tel: 0198183787

Kawasan: Sabah


Nama: Sapura

No tel: 0163029704

Kawasan: Ipoh,Perak


Nama: Salmiah

No tel: 01116702085

Kawasan: Sungai Buloh, Selangor


Nama: Cikgu JJ

No tel: 0107727969

Kawasan: Melaka


Nama: Badrul

No tel: 01120210001

Kawasan: Pendang, Kedah


Nama: Mariah

No tel: 0194902416.

Kawasan: Alor Setar, Kedah


Nama: Hasni

No tel: 01110740560

Kawasan: Bangi, Selangor


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!