Penduduk Palestin mati ditembak Israel

Gambar fail menunjukkan dua askar Israel meronda di bandar Asira Shamaliya Tebing Barat, Palestin. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan dua askar Israel meronda di bandar Asira Shamaliya Tebing Barat, Palestin. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Seorang lelaki Palestin mati ditembak pada malam Khamis manakala seorang lagi ditangkap oleh tentera penjajah Israel di wilayah Tebing Barat, kata sumber tempatan.

Sumber itu menyatakan insiden tersebut berlaku, ketika tentera rejim Zionis melakukan satu serbuan di bandar Beit Jala di Baitulaham, Tebing Barat.

Menurut agensi berita WAFA yang memetik sumber tempatan, satu pertempuran berlaku antara penduduk tempatan dengan tentera penjajah Israel semasa satu serbuan dilakukan oleh askar-askar rejim Zionis di pinggir bandar tersebut.

Dalam pertempuran tersebut, seorang lelaki Palestin mati ditembak dan seorang lagi ditangkap oleh tentera rejim Zionis.

Identiti lelaki Palestin yang mati ditembak itu masih belum diketahui.

Pertempuran antara askar-askar Israel dan Palestin meningkat sejak beberapa minggu lalu di Tebing Barat.

Ketegangan itu meningkat terutama ketika penduduk Palestin memprotes terhadap penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah mereka.

Pada Mei lalu, serangan ke atas Gaza oleh Israel menyebabkan 260 penduduk Palestin terkorban. - Agensi

Artikel Berkaitan: